Saturday 26 March 2011

.:: Rahsia Buat Duit Dengan ChurpChurp ::.


Hai semua, teringin nak kongsikan sesuatu kepada pembaca blog ini. Tajuk post kali ini agak kontroversi, silap sikit akaun Churpchurp saya akan dibekukan. Hohoho. Sebenarnya tidak ada rahsia dalam menjana pendapatan melalui Churpchurp. Yang penting kita tahu apa yang hendak dilakukan.
Ramai yang bertanya, bagaimana menjana pendapatan pantas dengan Churpchurp. Namun saya tidak akan bercerita tentang perkara tersebut, masih banyak perkara yang perlu dikaji. Cuma kali ini saya akan berkongsi tentang beberapa perkara. Ramai yang dah tahu bagaimana menjana pendapatan melalui ChurpChurp, Namun ramai juga yang masih bertanya dan ingin tahu.
Apa yang perlu anda ada? Paling kurang, anda mesti mempunyai Twitter dan Facebook.
                             contoh:
                                        
Bagaimana menjana pendapatan dengan churpchurp? kita menjana pendapatan melalui 3 cara:
1) Social Sharing – dibayar berdasarkan klik unik atau perdeal, RM0.20 hingga RM0.40 satu klik, Bayaran untuk perdeal tidak tentu, kadang-kadang Rm2.00 atau lebih. Iklan jenis ini adalah yang paling banyak disediakan oleh Churpchurp.
2) Kedua Social Seeding – setakat ini saya belum pernah mendapat benda nih.
3) Scheduled Tweets – Tugasan yang diberikan oleh Churpchurp, kita akan menulis tweet berdasarkan panduan dari pihak churpchurp. Jika anda mempunyai 1000 follower twitter, 1 tugasan yang diluluskan akan memberikan anda pendapatan RM5, maksudnya 1000XRM0.005. Bulan Mac saya memperolehi 2 Scheduled Tweets.  Saya memperolehi  RM6.00 lebih untuk satu tugassan. 
                    contoh:
Sejujurnya, pendapatan churpchurp saya tidaklah banyak. Namun saya percaya mampu menambah pendapatan melalui program pengiklanan ini. Rasanya dah ramai yang menjana pendapatan melalui Churpchurp.
                                         contoh:

Belum mendaftar dengan pihak ChurpChurp? Boleh mendaftar di =>http://www.churpchurp.com

No comments:

Post a Comment